Hari ini mereka musuh politik kamu, esok mereka mengangkat jenazah kamu, itu gambaran yang diperkatakan bahawa sillaturrahim tetap perlu diteruskan walaupun PRU 15 menjelang.
Perlu diingatkan bahawa yang hanya berlainan pandangan politik bukanlah menjadi batu penghalang sillaturrahim kerana tugas sebagai jiran, saudara, keluarga terus perlu diteruskan kerana ianya merupakan tuntutan Islam.
Mengikut statistic SPR, lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini. Lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus jumlah paling ramai berbanding pilihan raya sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 3,036 borang melibatkan kerusi Parlimen terjual setakat Jumaat. Sabah mencatatkan jualan tertinggi iaitu 716 borang, manakala Negeri Sembilan merekodkan penjualan paling rendah iaitu 24 borang.
Penganalisis menjangkakan persaingan PRU15 lebih sengit memandangkan perpecahan parti-parti politik bakal menyaksikan pertembungan calon-calon sekurang-kurangnya empat penjuru.
Tamat