Usai mengimamkan solat hajat bersama untuk kemenangan Islam Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersemangat menuju Pusat Penamaan Calon Parlimen Marang Bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Tanah dan Daerah Marang di sini.

Selaku calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL bagi bagi Parlimen Marang tiba di Masjid As-Salam, Kampung Kijing pada jam 8.05 pagi disambut pimpinan PAS dan Bersatu negeri serta para hadirin.

Solat hajat bermula jam 8.10 pagi yang turut disertai Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Razali Idris, Bendahari dan Pengarah Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ustaz Ariffin Deraman bersama kira-kira 500 ahli, penyokong PAS dan Bersatu.

Turut serta ialah wakil calon kepada Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Mohd Nasir Ismail, Ustaz Ahmad Maarof (pencadang) dan Mohd Rosbi Yusof (penyokong).

Ribuan penyokong PAS mengirinya beliau bersama pimpinan PAS Kawasan yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Rhu Rendang Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diapit oleh Speaker Dun Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.

Dato’ Dr Samsuri sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Marang merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir bersama Bendahari PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, yang juga Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri sekaligus Adun Bukit Payong.

Turut sama dalam perarakan, Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman iaitu Adun Alor Limbat, bersama Adun Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat, Hussin Ismail.

Semua berhimpun seawal 7 pagi di Masjid Kijing, Marang yang terletak kira-kira 800 meter dari pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang.

Semua borang calon diterima SPR, dengan didahului oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Jasmira Othman dari BN, Azhar Ab Shukur mewakili PAN dan Zarawi Sulong, menjadi pertaruhan Pejuang.

Kesediaan Presiden untuk turun sekali lagi ke medan dilihat sebagai semangat beliau yang tidak pernah luntur demi Islam.

Beliau dilihat sebagai tonggak bagi perpaduan Melayu Islam, tidak pernah putus asa untuk membawa agenda itu walau diserang segenap penjuru.

Tamat