Ramai seakan tidak selesa dan gelisah apabila Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sedemikian dan memberi sokongan penuh kepada PAS bagi menerajui dua negeri itu.

Parti lawan BN,dan DAP melihat perkara berkenaan kini semakin menjadi realiti apabila sokongan rakyat seakan mengiyakan harapan besar itu.

Mana tidaknya apabila dibiarkan BN memerintah Pahang, segala hasil negeri itu hilang sehinggakan berlakunya kes ladang durian haram.

Muhyiddin berkata Perikatan Nasional (PN) sedia melantik pemimpin PAS menjadi Menteri Besar di Perlis dan Pahang sekiranya gabungan itu berjaya menang di dua negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Di Pahang, Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) bertanding di (kerusi) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya PN tidak mempunyai masalah menyerahkan dua negeri berkenaan untuk ditadbir PAS berdasarkan prestasi cemerlang negeri lain yang dipimpin Menteri Besar daripada parti itu.

“Saya dapat berasakan sokongan yang kuat kepada PN ketika ini, dalam tempoh dua minggu kita berharap gelombang besar ini mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya nak beritahu pada penyokong UMNO juga, PRU15 ini bukan sebab Suraya (calon BN Parlimen Pendang, Datuk Suraya Yaakob), tetapi pilihan raya ini adalah bagi menyelamatkan negara.

“Mereka tidak perlu tinggalkan UMNO, tetapi mereka boleh undi PN. Saya faham ada yang masih sayangkan UMNO, tetapi tidak suka dengan apa dilakukan Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

Pada masa sama penyokong UMNO perlu berfikir mengenai spekulasi bahawa UMNO bakal bekerjasama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

“BN sendiri sudah membayangkan tidak akan menang dengan cukup kerusi bagi membentuk kerajaan dan sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya dengar ada rakaman audio bincang kerjasama BN dan PH, Anwar akan jadi Perdana Menteri dan Zahid akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Kena ingat, dalam PH ada DAP,” katanya.

Tamat