Rafizi yang kononnya mahu mencari publisiti murahan dengan mengatakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terbabit dengan tender rundingan terus sedangkan perkara berkenaan adalah fitnah.

Oleh itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada projek diluluskan selepas Parlimen dibubarkan.

Walaubagaimanapun Rafizi hanya berani membuat tuduhan palsu tanpa melaporkan kepada SPRM kerana mahu mencipta berita sensasi.

“Jangan cuba mencipta publisiti murahan dan berselindung di sebalik perkataan seperti ‘saya difahamkan’ atau ‘saya dimaklumkan’.

“Rakyat kini cerdik dan sedar tentang taktik untuk memberikan tanggapan buruk kepada pihak lawan dengan mencipta cerita sensasi dan kemudian memohon maaf atasnya,” tegas beliau.

Rafizi akhirnya ‘terkena getah’ tiada sebarang projek rundingan terus melibatkan KASA yang didakwanya bernilai RM 2 billon.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

“Saya ingin menegaskan bahawa sejak Parlimen dibubarkan, saya tidak meluluskan sebarang projek di bawah kementerian.

“Malah, saya akan pastikan semua projek yang diluluskan kementerian mengikut semua prosedur kewangan.

“Saya tidak pernah campur tangan dalam hal melibatkan tender kementerian,” katanya.

Tamat