“Saya dapat menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri Perlis sudah ada gelombang hebat. Ini menunjukkan petanda luar biasa rakyat Perlis sudah bersedia menyokong PN bagi menerajui sebuah kerajaan baharu,” itu kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Secara tradisinya Arau merupakan kubu kuat BN namun selepas berlakunya pengkhiatan kepada Shahidan Kassim laungan BN dilihat suram tidak lagi bercahaya.

“Walau ribut dan badai melanda, ia tidak sepatutnya melemahkan semangat kita untuk terus mara ke hadapan.

“Begitu juga untuk menegakkan sebuah kerajaan di peringkat Persekutuan di bawah PERIKATAN NASIONAL. InsyaAllah, jika gelombang ini berterusan ia akan menjadi gelombang yang lebih besar,” katanya.

Jika dilihat trend pengundi peluang PN lebih cerah untuk menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Tamat