12 manifesto Perikatan Nasional melalui PRU 15 di Pahang nyata memberikan peluang lebih baik kepada keperluan ekonomi rakyat negeri ini.

Keadaan bentuk muka bumi Pahang yang kaya dengan sumber tragedi alam itu, menjadi teras pelancaran manifesto yang bertemakan ‘Pahang Berkat Makmur Sejahtera’.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada masa sama berkata, manifesto mengandungi inti pati untuk mendaulatkan agama, mendukung sistem tadbir urus negeri yang bersih, berintegriti dan cekap.

Di samping itu, manifesto PN Pahang itu juga ialah menyuburkan ekonomi negeri menerusi pemerkasaan dan merakyatkan industri kecil dan sederhana, termasuk di kawasan Felda, memperkasa pemilikan rumah serta memperkemas proses libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar menerusi segmen alam sekitar lestari.

Selain itu, manifesto yang menyediakan 45 inisiatif itu termasuk perniagaan bagi membantu belia memulakan perniagaan, memperkasakan usahawan belia, memartabatkan wanita dan warga emas, bantuan perkahwinan dan pengajian buat anak Pahang, serta memperkasa pelancongan dan kebudayaan negeri.

Tamat