Manifesto DAP masih lagi mahu mengekalkan Unified Examination Certificate (UEC) sistem pembelajaran daripada Taiwan untuk diterima dalam pendidikan di Malaysia.
Bayangkan lebih setengah abad Malaysia merdeka, mereka masih lagi dibayangi sistem dari Taiwan, namun mereka mahukan segala keistimewaan rakyat Malaysia.
Oleh itu Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Mahmud Hishamuddin menyifatkan perjuangan Unified Examination Certificate (UEC) di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu lawak jenaka.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Tuan Mahmud Hishamuddin berkata, dengan mengharapkan rakyat untuk cinta kepada negara tetapi menggunakan naratif yang luar dari kerangka, contohnya seperti sekolah vernakular adalah satu perkara yang mustahil.
“Jadi mana mungkin kita nak mengukuhkan rakyat di Malaysia untuk faham sejarah negara kalau templat diambil dari luar negara, tidak mungkin!” tegasnya.
Oleh itu, isunya bukanlah menghalang orang Cina atau India mempelajari bahasa mereka tetapi untuk memupuk perpaduan di Malaysia, malangnya negara masih mengambil model yang menyediakan orang-orang yang hendak balik ke negara asal mereka.
“Kena faham bahawa asas sekolah vernakular itu ialah untuk menyediakan mereka balik ke negara asal.”
Beliau juga dengan lantang mempersoalkan apakah rakyat Malaysia tidak boleh bersama di dalam sekolah kebangsaan.
Menyedihkan kerana sehingga kini, di dalam manifesto PRU-15 masih lagi mengekalkan perjuangan tersebut demi menjaga hati parti-parti kompenan, yang seharusnya isu ini dititikberatkan secara serius oleh pemimpin-pemimpin negara.
Beliau mengutarakan kenyataan tersebut ketika ‘Sidang Media Pembela Berkaitan PRU15’ di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, hari ini.
Tamat