Entah apa berlaku di Alor Setar, UMNO kononnya membela Melayu hilang taringnya hanya membiarkan parti lain MCA dan DAP mendominasi bandar diraja serta kesultanan Melayu Islam paling lama dalam sejarah dunia.
Melihat kepada data pengundi jelas menunjukkan peratusan pengundi Melayu paling tinggi sekitar (64.2 peratus), pengundi Cina (32.0 peratus), India (3.8 peratu) lain-lain (0.0 peratus) sekitar.
Melihat trend 10 tahun lalu, pengundi perlu menilai dan membuat satu keputusan yang tepat agar ia mampu memberi impak positif kepada pemegang tara dalam Parlimen Alor Setar ini khususnya pengundi dan rakyat majoriti itu sendiri.
Walaupun megahnya berdiri bangunan UMNO di Alor Setar namun tidak mampu memberi sebarang impak besar kepada rakyat yang majoritinya Melayu, Islam.
Tiba masanya membuatkan percaturan semula di Alor Setar membuka ruang dan peluang kepada anak jati Alor Setar yang duduk di Alor Setar.
PN [PERIKATAN NASIONAL] menawarkan Afnan Hamimi Taib Azamudden Setiausaha Politik YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah, yang kini berkhidmat di Wisma Darul Aman dan menetap di sini.
Melihat kepada data PH Hantar Simon Ooi Tze Min calon PKR yang kini sebagai ADUN Bakar Arang, Sungai Petani. BN pula hantar Tan Chee Hiong calon MCA. Ini kerana BN telah membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA kerana Parlimen Alor Setar adalah Kerusi Tradisi MCA.
Sebaliknya pula PERIKATAN NASIONAL berjaya bermuafakat dengan baik apabila parti Gerakan dan BERSATU bersetuju meletakkan calon dari PAS untuk ditawarkan kepada rakyat dan pengundi Alor Setar dalam pilihan raya kali ini.
Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 sehingga kini pilihan raya ke 15 belum ada wakil ke Parlimen dari anak Melayu diangkat menjadi Ahli Parlimen Alor Setar.
[Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu]
1955-1959 – Lee Thean Hin MCA
[Parlimen Persekutuan Tanah Melayu]
1959-1963 – Lim Joo Khong MCA
[Parlimen Malaysia]
1963-1964 – Lim Joo Khong MCA
1964-1974 – Lim Pee Hung MCA
1974-1990 – Oo Gin Sun MCA
1990-2013 – Chor Che Heung MCA
2013-2018 – Gooi Hsiao Leung PKR
2018-2022 – Chan Ming Kai PKR
Bayangkan tiada suara suara majoriti Melayu Islam yang mewakili penduduk Islam sedangkan Alor Setar ini pernah menjadi pusat ilmu Islam satu ketika dulu.
Kini sudah tiba masanya pengundi Majoriti Alor Setar perlu berpakat dan bersama untuk mengundi Afnan Hamimi untuk Alor Setar Nafas Baru.
Kepimpinan dan profil yang dimiliki oleh calon anak muda ini mampu menjadi seorang Ahli Parlimen mewakili pengundi dan rakyat di Alor Setar.
Tamat