Kini tular kebanyakkan calon PRU 15 yang bertanding dikatakan tidak layak menggunakan gelaran ‘doktor’ apabila langsung tidak diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi berkata adalah menjadi satu kesalahan menggunakan menggunakan gelaran doktor tanpa memiliki sijil doktor bertauliah.
Menurutnya, sekiranya individu itu tidak melengkapkan pengajiannya dan menyelesaikan latihan amali yang ditetapkan serta tiada kelulusan dari MMC, mereka tidak layak gunakan gelaran doktor.
“Sekiranya gelaran itu digunakan juga, ini mencemarkan gelaran doktor di seluruh negara.
“Isu seperti ini tidak boleh dipandang remeh kerana ini menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
“Kalau tiada kelulusan yang sebenar, jangan memperdaya orang ramai dengan menggunakan gelaran itu terutamanya calon yang bertanding PRU15, jangan tipu rakyat dengan penggunaan gelaran doktor,” katanya dengan tegas.
Tamat