Satu kajian dilakukan oleh Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA), Universiti Utara Malaysia (UUM) membuktikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) disifatkan tokoh paling dipercayai.
Melalui laporan berkenaan yang diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian sekali gus menunjukkan sikap Muhyiddin yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri nanti.
Dapat melihat kredibiliti Muhyiddin apabila memimpin kerajaan sewaktu COVID-19 membuktikan antara kerajaan paling jujur mengambil tahu keperluan rakyat walaupun berdepan situasi ekonomi merudum.
Tidak sekadar itu, gaji menteri, Ahli Parlimen semuanya dipotong selepas selesai mengangkat sumpah diadakan. Tindakan itu dimulakan oleh Muhyiddin Yassin yang menyebabkan mendapat tentangan menteri daripada UMNO.
Perdana Menteri turut memotong gajinya antara lima hingga 10 peratus bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Menurutnya pemotongan gaji itu juga akan dapat menjimatkan beberapa juta ringgit.
Tamat