Belum lagi perang, panji PH sudahpun tumbang, sekaligus seakan mengiyakan nasib Pakatan Harapan yang turut menyembah bumi pada PRU 15 ini.

Kejadian kren yangbendera PH itu tumbang di pasar awam Chai Leng Park, Butterworth, Pulau Pinang menyebabkan orang ramai terkejut serta bimbang akan keselamatan orang awam yang lalu lalang di sekitar itu.

Kren dengan ketinggian lebih 10 meter itu dikatakan mampu mencederakan orang awam sekiranya jatuh dan bahagian tapak kenderaan itu terangkat ke jalan raya.

Menurut saksi kejadian berkata pihak PH sepatutnya mengambil pendekatan mengenai keselamatan awam bagi memasang bendera parti bukannya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Saya seorang jurutera awam dan untuk pengetahuan, anda tidak sepatutnya menggunakan mesin seperti ini.

“Apabila ia dipanjangkan sepenuhnya dan dicondongkan pada satu sudut, benda ini tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan, terutamanya tidak dalam sekelip mata. Angin kencang dan permukaan meletak kenderaan tidak stabil mungkin menyebabkan ia hilang imbangan dan terbalik,” katanya.

Menurutnya apabila dibiarkan bengkok selama berjam-jam, lengan hidraulik kren juga boleh kehilangan kuasa secara beransur-ansur, menyebabkan sudut senget menjadi melampau sehingga pusat graviti lori akan beralih terlalu jauh.

Walaubagaimanapun pihak PH enggan mengambil tanggungjawab selepas insiden berkenaan berlaku. Menurut Ahli Majlis Bandaraya Seberang Prai P. David Marshel, yang merupakan pengarah kempen DAP Batu Kawan, sekali gus membuktikan mereka hanya mahu menang namun tidak menjaga kebajikan rakyat.

“Ini tiada kaitan dengan kami. Penyokong kami membinanya atas inisiatif sendiri,” katanya.

Tamat