Bagi mereka yang terbayangkan mahu selfie dengan kertas undi anda jangan harap dapat buat begitu ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun mengeluarkan arahan penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ianya penting bagi mengelakkan berlakunya ‘beli undi ‘ oleh sesetengah parti politik sanggup membayar pengundi untuk mengundi mereka, dengan syarat diberikan sebagai bukti.
Maklumat grafik yang dikongsi dan dimuat naik dalam platform sosial media SPR, menggariskan 10 langkah utama yang perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini.
Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.
Tamat