“Saya fikir mungkin bukan cakap kosong. Dia seorang tokoh yang bagus, malah dalam Kabinet saya pun dia antara orang yang dipercayai,” itu kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya Khairy Jamaluddin layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan sekiranya berada dalam parti yang betul.

“Dia menguruskan soal COVID-19 dan sebagainya dengan baik, ada masa depan yang baik, cuma dia ada dalam parti yang salah.

“Tapi tak mengapalah, semua orang mempunyai cita-cita untuk jadi apa sekalipun. Tak perlu tanya kenapa kau nak jadi PM? Itu impian dia. Tapi bila masanya?

“Mungkin dia kena ambil alih UMNO dan jadi presiden. Peroleh jumlah kerusi yang banyak serta boleh membentuk kerajaan ketika itu. Ketika ini dia boleh cakap sahaja, tak salah pun,” katanya.

Ini kerana dia mungkin akan ditikam dari belakang apabila terus berada di dalam UMNO kerana itu budaya yang diamalkan dari dulu lagi.

Tamat