“KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana dan saya tunaikan permintaannya,” itu kata Zahid Hamidi yang mendedahkan Khairy Jamaluddin yang meminta untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Zahid Hamidi berkata tiada siapa memaksa atau mendesak Menteri Kesihatan itu bertanding di kawasan berkenaan.

Menurutnya tindakan itu memang seakan sengaja untuk membunuh karier KJ kerana kawasan berkenaan dilihat merupakan kubu kuat lawan.

Ditanya mengenai cita-cita Khairy untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan, Ahmad Zahid berkata terlalu awal untuk beliau mengulas perkara itu.

“Perkara itu bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang bukan pilihan raya kali ini,” katanya.

Tamat