Biasanya Rafizi yang hebat bermain dengan angka dan figura serta fakta hari ini terpaksa mendiamkan diri apabila tuduhan liar tanpa asas yang dibuatnya terhadap Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak benar sama sekali.
Susulan itu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) pada jam 12 tengah hari tadi yang diwakili Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa.
Dalam laporan tersebut, Mohd Zai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi, Akta Fitnah 1957, Akta Kesalahan Pilihan raya Seksyen 1954 4(A) bagi menyiasat pendedahan yang dibuat Rafizi terhadap Tuan Ibrahim yang didakwa mengandungi unsur fitnah.
Pada masa sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menegaskan kelulusan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 yang didakwa dibuat selepas Parlimen dibubarkan, dibuat mengikut peraturan sedia.
Syarikat itu juga didakwa telah mendapat kelulusan daripada Tengku Zafrul via surat bertarikh 7 Oktober iaitu hari pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, satu hari bekerja sebelum Parlimen dibubarkan.
Dalam ciapan di twitter hari ini, Tengku Zafrul turut mencabar Rafizi untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat bukti pelanggaran, serta mengemukakan bukti dan tidak menunggu kemenangan di pilihan raya umum untuk mengambil tindakan.
Tengku Zafrul berkata satu pasukan petugas melibatkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, kerajaan negeri, kerajaan tempatan serta Kementerian Alam Sekitar Dan Air akan ditubuh bagi mencari penyelesaian isu banjir di Kuala Selangor.
Beliau berkata pada Bajet 2023 yang dibentangkannya bulan lepas, Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmennya bagi mengatasi isu banjir dengan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion untuk projek tebatan banjir.
“Projek ini sekarang pada fasa penilaian bagi tujuan pelantikan kontraktor, bagaimanapun isu banjir ini juga melibatkan isu penyelenggaran sistem perparitan dan melalui satu kajian oleh badan bebas mendapati sebanyak 30 peratus isu ini berpunca daripada sistem longkang dan parit yang tersumbat akibat sampah serta tidak diselenggara secara berjadual,” katanya.
Tamat