Rakyat memuji tindakan pantas Menteri KASA Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang terus menyaman Rafizi Ramli kerana sengaja menyerbarkan fitnah serta berita palsu.
Tindakan itu dianggap paling bijak kerana dibuat secara teratur dan professional tanpa melibatkan banyak pihak dan pihak penyebar fitnah terus mendapat surat berkenaan.
Sudah berkali Rafizi diingatkan usah bermain dengan fitnah, namun bagi mereka fitnah itu tidak lekang dari genggaman tangannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dikemukakan antaranya ialah Rafizi memberi akujanji bertulis untuk berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan tuduhan yang beliau lakukan kepada saya, dan membuat permohonan maaf dalam jangka masa 7 hari daripada tarikh surat tersebut. Jangka masa 7 hari akan berakhir pada 17 November 2022.
“Berdasarkan kepada surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan tersebut bukanlah dibuat oleh saya ataupun KASA. Surat tersebut dikeluarkan pada 7 Oktober 2022, sebelum Parlimen dibubarkan dan bukan semasa tempoh kerajaan sementara (caretaker).
Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa kenyataan-kenyataan Rafizi termasuk sidang media semalam adalah satu fitnah jahat bagi menghancurkan reputasi saya khususnya, dan juga parti PAS umumnya,” katanya.
Menurut Tuan Ibrahim beliau kini telah telahpun memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi sebaik sahaja menerima jawapan bertulis daripada peguam Rafizi atau selepas tamatnya tempoh 7 hari yang telah diberikan.
Tamat