“Jika SPRM panggil saya untuk ambil keterangan pada waktu pagi, pagi itu juga saya sampai dan tidak akan tangguh-tangguh,” itu kata Menteri KASA, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya beliau sedia memberi memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu proses pemberian projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion.
“Saya tidak ada masalah sebaliknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kerana tiada apa yang perlu disorok atau disembunyikan.
“Saya fikir ini tindakan melampau dan yang tidak ada modal selain ini adalah musim fitnah PRU,” katanya.
Tamat