Sebanyak 313 pondok serta beberapa NGO mengadakan Majlis Munajat Selamatkan Malaysia anjuran Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia bimbang sekiranya berlaku perubahan politik akibat pemikiran ekstrim.
Tujuan diadakan untuk memohon Allah
mengurniakan keselamatan kesejahteraan, kemakmuran serta kepimpinan Islam yang
berwibawa pada tanahair Malaysia.
Bertepatan pula dengan PRU15 yang bakal menjelang dan
krisis banjir, wabak dan ekonomi yang semakin mencabar kehidupan rakyat.
Majlis yang dijadualkan bermula pada hari Isnin jam 9.00 malam bertempat di Madrasah dan
Pondok di seluruh Negara akan diisi dengan Solat Hajat, Munajat serta Istighosah.
Pada masa sama memohon kesepaduan doa dan munajat seluruh umat akan menjadi asbab limpahan rahmat dan keberkatan buat Malaysia yang sama-sama kita cintai.
Tamat