Ingatkah lagikah kita pada satu insiden yang berlaku mengenai perhimpunan terbuka yang mengagungkan pengganas komunis pernah berlaku di sebuah kolej swasta pada Dis 2019.
Terang-terangan program berkenaan dianjurkan oleh DAP siap pada masa sama mereka turut memakai seragam komunis untuk disebut sebagai wira negara.
Cukup mengecewakan apabila maruah pasukan askar Melayu dicalarkan apabila disebut sebagai tali barut British.
“Bekas pengganas komunis, Tan Yi Yu kata majlis itu bukan sahaja untuk memperingati perjanjian damai, tetapi juga untuk menegakkan ‘kebenaran’ bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.
“Pemimpin DAP, Ronnie Liu pun dengan bangganya mendedahkan bahawa datuk dan abang beliau adalah pengganas komunis, siap beri tabik hormat kepada para pengganas komunis selaku patriot dan pejuang kemerdekaan,” katanya pada masa itu.
Pada masa sama, rakyat juga tidak lupa dengan isu Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dan komik propaganda komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah.
Melalui komik itu ada banyak elemen yang cuba menghasut dan bercanggah dengan undang-undang negara, cubaan untuk mengeliru dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu serta mengambarkan orang Melayu bodoh dan pengecut dalam memerdekakan Tanah Melayu.
“Selain itu, turut diselit elemen Ko Min Tang, Bintang Tiga dan Komunis terlibat sama dalam memerdekakan Tanah Melayu dan juga cuba memasukkan perjuangan ideologi politik DAP ke sekolah”
Paling tidak dilupakan, komik tersebut mendapat sokongan penuh daripada menteri-menteri daripada DAP ketika itu.
Paling celaka apabila, kata pengantar komik itu ditulis oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng manakala Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching juga menerima komik tersebut di pejabat Kementerian Pendidikan (KPM) jadi ada cara lainkah mentafsirkan mereka ini bukan komunis?
Bersungguh-sungguh DAP berusaha memasukkan idelogi komunis dalam negara waktu pegang kuasa. Bila dah tak jadi kerajaan ni tiba-tiba tanya ‘apa bukti DAP parti Komunis, semasa era pemerintahan PH ?
Tamat