“Tetapi hakikatnya adalah saya tiada lagi pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi apa-apa isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan dan saya ditinggalkan begitu saja,” itu jelas KJ seakan menggambar dia kecewa dengan pimpinan Zahid Hamidi.

Menurutnya beliau akhirnya mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berhubung pemilihan kerusi.

“Saya yang kena usaha sendiri untuk dapatkan kerusi (Parlimen) sebab sudah tiada kerusi lain yang ‘available’.

“Saya tidak mahu panjangkan polemik dengan Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) berhubung isu ini kerana tidak elok bercakap melalui media.

“Saya tahu saya kena keluar dari kawasan Parlimen Rembau. Jadi, pada waktu itu, saya kena buat sesuatu untuk diri sendiri,” jelasnya.

Menurutnya dia langsung tidak dijemput untuk berbincang dan apabila tarikh penamaan calon semakin menghampiri, menyebabkan dia terpaksa perlu berbuat sesuatu.

“Hasil perbincangan saya dengan Tan Sri Noh, beliau mengesyorkan saya datang ke Selangor dan berjumpa Presiden MIC (Tan Sri S A Vigneswaran) untuk minta tukar memandangkan ini (Sungai Buloh) dulu kawasan MIC.

“Untuk kata saya minta (kerusi Sungai Buloh), dalam konteks itu ya tapi saya yang kena usahakan sendiri untuk mendapatkannya sudah tidak ada kerusi lain.

“Bagaimanapun, saya tak mahu bertelingkah dengan Presiden mahupun pucuk pimpinan kerana saya datang ke sini (Sungai Buloh) untuk mewakili BN dan saya akan cuba memenangi kawasan ini,” katanya.

KJ pada masa sama turut berterima kasih kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sentiasa memberi komen baik terhadap kerja buatnya.

“Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin sebab memberi memberi komen yang baik terhadap mutu kerja saya dan saya berkerja kuat sewaktu beliau melantik saya sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi.

“Beliau (Muhyiddin) tahu apa yang saya boleh buat dan etika kerja saya yang boleh ‘deliver'” katanya.

Tamat

Advertisement