Bimbang dengan ancaman LGBTQ, fahaman sekularisma, komunis, membuatkan Gerakan Pembela Ummah bersama lebih 185 NGO Islam Malaysia mengangkat baiah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM bagi membina benteng serangan fahaman berkenaan.

Pengerusinya Muhamad Zai Mustafa berkata, NGO Islam amat gusar melihat sokongan politik orang Melayu berpecah dalam PRU ke-15 ini dan kesannya DAP akan menguasai Kerajaan Malaysia melalui gabungan parti Pakatan Harapan.

“UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru dan merayu Umat Islam seluruh Malaysia agar wajib (Fikh Al-Daulah) keluar mengundi dan menyatukan undi hanya kepada satu gabungan parti yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara,”.

“Pada masa sama, ia memastikan negara bersih daripada rasuah, berwibawa dan berusaha memperkasa penyatuan ummah.berpendirian bahawa calon dan parti yang menepati kriteria yang dinyatakan di atas adalah calon dan parti daripada gabungan Perikatan Nasional.

“Kami juga berpendirian berdasarkan kepada perbandingan dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih memenuhi kriteria menjaga agama, bangsa dan negara serta menghormati bangsa dan agama yang lain (tidak memudaratkan kaum dan agama yang lain serta mengukuhkan perpaduan kaum dan nasional),” katanya.

Menurutnya berdasarkan prestasi yang lepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berjaya mengemudi negara berdepan dengan masalah besar Covid-19 dan kesuraman terhadap ekonomi negara.

“UMMAH bersama Gabungan lebih 185 NGO Islam dan para agamawan menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang lebih layak dan berwibawa serta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10,” katanya.

Tamat