6.38 petang: TIDAK RASMI BN mendahului 12 kerusi, diikuti GPS di 11 kerusi, PH dengan 8 kerusi, manakala PN di 6 kerusi.
6.33 petang: TIDAK RASMI GRS mendahului di Ranau.
6.30 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di Betong dan di Saratok.
6.27 petang: TIDAK RASMI BN mendahului 11 kerusi, diikuti PH dengan 6 kerusi, manakala PN di 5 kerusi.
6.19 petang: TIDAK RASMI PBM mendahului di Julau.
6.17 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di Serian dan Puncak Borneo.
6.15 petang: TIDAK RASMI PN mendahului di Beluran.
6 petang: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bermula 8 pagi tadi, berakhir selepas semua pusat mengundi ditutup sepenuhnya, hari ini.
Pengundian bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala di Sabah dan Sarawak pengundian bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
Pada PRU-15 ini, seramai 939 calon merebut 221 kerusi Parlimen, manakala 434 calon bertanding bagi 117 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang, Perak dan Perlis.
Turut diadakan serentak hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bugaya, Sabah, yang ditangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19.
Proses pengundian PRU-15 membabitkan 21,173,638 pemilih bagi kerusi Parlimen, sementara 3,369,743 pemilih bagi kerusi Dun.
Sehingga 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan kira-kira 70 peratus pemilih telah keluar mengundi.
Tamat
Sumber – Harian Metro