“Mengundi ini penting untuk memilih calon bagi mewakili kita dan rakyat di seluruh negara di Dewan Rakyat,” itu kata Menteri Besar (MB) Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub.

Menurutnya beliau rakyat Kelantan perlu menggunakan kesempatan yang ada sekarang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Di situlah segala dasar dan perancangan kerajaan digubal bagi manfaat rakyat,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut dekat sini hari ini”

Ahmad Yaakuv berkata, dengan waktu yang masih berbaki beberapa jam lagi, pengundi disaran keluar mengundi dengan segera bagi bagi menyempurnakan amanah kepada negara.

“anak-anak muda didapati keluar mengundi agak lewat memandangkan ada dalam kalangan mereka baru sampai di kampung,”.

Pada masa sama, beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur memandangkan perjalanan proses pengundian di Kelantan khususnya Tumpat berjalan lancar.

Advertisement