Kini segalanya sudah bersuara sedang selama ini ahli UMNO hanya berdiam diri bimbang kehilangan kehilangan tiket bertanding akhirnya akibat cara urus Zahid Hamidi.
Terbaru hampir semua ahli UMNO kini menolak Zahid Hamidi akibat sikap angkuhnya, tindakanya membuat keputusan sendiri sehingga melangkaui keputusan parti.
Pemuda Umno Bahagian Kota Raja menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Mohamad Hasan meletak jawatan segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ketuanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, kekalahan itu sebahagian besarnya disebabkan tindakan Zahid yang membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon.
“Justeru, Pemuda Umno Bahagian Kota Raja menyeru Ahmad Zahid Hamidi agar bertanggungjawab atas kekalahan ini dan meletak jawatan seperti mana yang dilakukan Najib Razak apabila parti kalah pada PRU14.
“Kami juga meminta Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengotakan janji beliau untuk meletak jawatan sekiranya BN gagal memenangi pilihan raya kali ini,” katanya.
Sementara itu jurucakap akar umbi UMNO itu, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, berkata Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar mengambil tanggungjawab atas keputusan buruk BN pada PRU15 kali ini.
“Mana-mana organisasi sekiranya gagal capai kemenangan, maka ia mesti digalas ke atas kepala partinya. Dalam hal ini ia adalah Presiden UMNO sendiri.
“Bukan kita tak sayangkan Ahmad Zahid dan parti, tetapi beliau perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini. BN sudah kalah dalam dua PRU berturut-turut,” katanya.
Sementara itu, Noh Omar turut berkata dia turut mengulangi gesaan pihak lain dalam parti yang meminta Zahid berundur susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU15
“Sebagai pengerusi perhubungan, saya pun tidak dipanggil berbincang, digugurkan sebagai calon, saya tak kecil hati digugurkan, tapi cara saya digugurkan itu seperti presiden tidak menghargai apa yang saya buat selama ini.
“Bukan saja presiden tak percaya kepada saya, saya pun sudah hilang kepercayaan kepada presiden,” katanya.