Sekadar dengan hanya membacanya sudah tahu kini negara dalam tempoh bertenang selepas seharian semua rakyat Malaysia membuang undi bagi memilih calon masing-masing di peringkat Parlimen.

Sehubungan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, susulan itu, Istana Negara meminta bantuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memohon ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membuat pemakluman.

“Menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Istana Negara meminta kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon kepada ketua parti politik dan ketua
gabungan parti mempunyai jumlah kerusi banyak untuk memaklumkan kepada pihak Istana Negara mengenai gabungan parti politik yang dipersetujui antara parti-parti politik serta gabungannya berkenaan pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.

“Ketua parti politik dan ketua gabungan parti terbabit akan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui serta mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum pukul 2 petang, 21 November 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Ahmad Fadil berkata, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, adalah dimaklumkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad.-

Tamat

Advertisement