“Pagi ini saya menerima kunjungan Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan,” itu kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang mampu menerima prinsip gabungan itu, untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.
Terbaharu, Muhyiddin menerusi Facebook pada jam 12 tengah hari turut memuat naik foto pertemuannya dengan dua figura politik bagi membincangkan pembentukan kerajaan baharu.
“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan ahli Parlimen bebas. InsyaAllah, kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” ujarnya.
Posting foto itu meraih lebih 15,000 tanda suka dalam masa 15 minit dan turut dihujani ribuan komen netizen.
Tamat