“PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara,” itu kata tegas daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Menurut beliau PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu proses peralihan kuasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“PDRM menyeru dalam tempoh pasca PRU15 ini, tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
“PDRM terus bersedia dalam menghadapi fasa pasca PRU15 dan tempoh pembentukan kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Acryl Sani berkata, semua elemen telah digerakkan bagi memastikan fasa peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan pada masa sama memastikan keselamatan awam terjamin.
Tamat