“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, yang mana orang Melayu telah menolak UMNO. UMNO telah rebah,” itu kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurutnya itu jalan paling terhormat sebelum selepas gagal menggemudikan jentera BN sebelum ahli UMNO bersuara lantang dan menghalaunya dari kerusi empuk berkenaan.
“UMNO dan Barisan Nasional hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.
“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka ketika PRU15 semalam.
“Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi,” katanya tadi.
Menurut loporan PRU 15 BN dilaporkan hanya 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.
Onn Hafiz berkata, UMNO perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan dan demi masa depan parti termasuk usaha membuang mereka terlibat kluster rasuah.
“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan pada kadar sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai Presiden pada 2018
“Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang,” katanya dalam nada keras.
Tamat