“Secara terbuka, saya mengambil sikap berjiwa bear dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri,” itu kata Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Menurutnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara ini harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman.
“Berpaksikan ‘track record’, saya berprinsip bahawa kita harus membentuk sebuah
‘unity government’ tanpa Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui Kerajaan Malaysia pasca PRU15 ini.
“Asas utama penolakan terhadap PH in adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah mereka pada PRU14 lalu.
“Perkara in sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat BN, Perikatan Nasional, PEJUANG, GPS, GRS, BEBAS dan lain-lain,” katanya semalam.
Menurutnya kerangka pemikiran in adalah atas prinsipnya untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur.
Tamat