Agak mengejutkan, apabila Perikatan Nasional telahpun mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Sudah cukup jumlah…melebihi daripada cukup,. Tunggulah diundang (Istana Negara) bila-bila masa saja,” itu kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau PN memaklumkan parti itu sudah mempunyai lebih majoriti sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112.

Jelas beliau, jumlah tersebut adalah majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Tamat