Terkejut apabila muncul beberapa foto menunjukkan Presiden UMNO Zahid Hamidi yang selama ini membenci Anwar Ibrahim akhirnya bersama dalam satu majlis sekitar jam 11 pagi tadi di Hotel Seri Pacific.
Menurut sumber dalaman menunjukkan Zahid Hamidi sedang merayu kepada Anwar Ibrahim untuk bersama dalam kumpulan berkenaan bagi menutup segala kes salah lakunya sekiranya PH menjadi kerajaan.
Tidak sekadar itu, walaupun Zahid Hamidi pernah melaungkan UMNO tidak akan bersama PH tapi dalam keadaan terdesak dia sanggup membelakangkan prinsip parti demi menyelamatkan diri sendiri.
Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah apabila kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di lokasi sama sejak jam 10 pagi lagi.
Penyokong BN dikatakan amat marah selepas dikhianati presiden parti sendiri hanya kerana mahu melepaskan diri daripada skandal rasuah.
Tamat