Keputusan PRU 15 sudahpun terkumpul namun kini perlu beberapa proses untuk pembentukan kerajaan oleh itu kini 29 Ahli Parlimen BN dipercayai sudahpun memberi tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10.

Menurut sumber, SD tersebut dipercayai ditandatangani pada malam tadi dengan diuruskan ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tindakan ke semua ahli Parlimen berkenaan didakwa kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden UMNO yang dipercayai ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan

Walaubagaimanapun, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen.

Tamat