“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi,” itu cadangan Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan keadaan situasi politik semasa.
Menurutnya BN lebih rela melaksanakan tugas pembangkang bagi membuat ‘check and balance’ kepada sesebuah kerajaan.
“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.
Bagaimanapun Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, pihaknya tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.
“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat,”.
Tamat