“Bersabar, terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil rakyat dan terima keputusan Yang Dipertuan Agong,” itu titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Baginda bertitah supaya rakyat bersabar dan kerana Baginda sendiri akan membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke -10 dalam masa terdekat demi rakyat serta negara.
“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah Baginda tadi.
Baginda turut bertitah, baginda tidak boleh mendedahkan kerana tidak menerima makluman terbaru.
“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti, mudah-mudahan Insya-Allah,” titah baginda.
Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 2 petang ini.