Sekali lagi teka teki perkahwinan campuran silang budaya antara pendokong Melayu UMNO dan libelisasi PH semakin hangat diperkatakan.
Walaupun UMNO pernah mentalakkan Anwar Ibrahim sebelum ini namun segalanya berubah apabila Zahid Hamidi mula mencari tangan bagi melepaskan dirinya daripada kes mahkamah.
Pagi ini beberapa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini bagi menyerahkan SD kepada PH.
Pertemuan itu dipercayai bagi memuktamadkan kerjasama di antara kedua-dua gabungan itu, dengan Ahli Parlimen BN akan menandatangani akuan bersumpah menyokong PH membentuk Jajaran Baru 2.0
Desas-desus itu bertiup kencang selepas kepemimpinan BN dan PH berbincang di sebuah hotel di ibu negara, semalam.
Pertemuan semalam dikatakan gagal mencapai kata sepakat selepas beberapa wakil rakyat dari BN menentang kerjasama berkenaan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas pertemuan itu berkata, BN akan mengemuka akuan bersumpah mewakili Ahli Parlimen gabungan itu bagi menamakan calon perdana menteri kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Antara pemimpin yang turut menyertai sidang media itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Anwar dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 2 petang ini.
Teka-teki penjajaran baharu BN-PH itu dikuatkan lagi susulan pembentukan kerajaan Perak yang menyaksikan pimpinan kedua-dua gabungan di peringkat negeri bersetuju menjalinkan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri.
Tamat
Jangan lambat sangat , contohilah kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Nazrin. Kita tak boleh lambat lagi, banyak lagi isu yang perlu diselesaikan
LikeLike