Semalam apabila PN mula menghantar SD ke Istana Negara, ianya mula membuatkan Anwar Ibrahim kecut perut sehingga memikirkan PN sudahkan berada satu langkah kehadapan.
Hari ini beberapa pemimpin kanan PN dikatakan dilihat memasuki kediaman Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini sejak 9.50 pagi tadi.
Menurut sumber mengatakan membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan, susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bahawa proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan hingga 2 petang ini.
Antara yang dilihat adalah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Tamat