“Saarani dan kepemimpinan UMNO Perak hanya mahu menyelamatkan jawatan Menteri Besar disandangnya, sambil menipu perwakilan Perhimpunan Agung UMNO lalu dengan slogan ‘No DAP!’,” – itu kata tegas Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Menurutnya menegaskan, PN berlapang dada dan terbuka untuk bekerjasama, namun Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak itu bertegas supaya gabungan berkenaan menawarkan jawatan penting dalam kerajaan negeri.

“Saya juga menyatakan kebimbangan dengan keadaan kerajaan negeri belum membentangkan Bajet 2023 dan kemelut politik mesti dirungkai segera, demi kepentingan rakyat. Beliau memohon untuk merujuk kepada kepemimpinan UMNO sebelum membuat apa-apa persetujuan.

“Tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak amat besar dan seharusnya sumpah setia jawatan dibacakan dengan kalimah suci tidak disusuli penipuan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya tindakannya itu umpama menipu kepada rakyat Perak yang telahpun membuang undi apabila secara terang membuat penggabungan dengan PH.

Tamat