Ternyata Zahid Hamidi seorang yang keras kepala, bermuka tembok, dan bersikap pekak telinga apabila masih tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Presiden BN serta UMNO kekalahan teruk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ismail Sabri pada masa sama setiap kepimpinan mana-mana pertubuhan pasti mengambil tindakan sama apabila parti mengalami kekalahan, pastinya ada seorang pemimpin mesti dipertanggungjawabkan.
“Presiden mesti berjiwa besar (meletak jawatan), mesti mendengar pandangan daripada ahli, tidak boleh memekakkan telinga sahaja dari segi pandangan ahli, tak boleh.
“Ini adalah pandangan dari ahli dan setiap kepimpinan dalam pertubuhan mana-mana apabila parti mengalami kekalahan dan sebagianya ada seorg mesti dipertangungjawabkan.
“Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), bila kalah hari ini (PRU14), esok terus letak jawatan. Itu pemimpin berjiwa besar. Jadi saya percaya Datuk Zahid juga seorang pemimpin berjiwa besar. Saya harap beliau fikirkan dan ambil kira pandangan ahli tentang apa yang patut dilakukan,” katanya.