Biadap ! Itu perkataan yang layak dilemparkan kepada seorang lelaki sengaja membuat ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Walaubagaimanapun pihak polis telahpun mengambil tindakan pantas dengan menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Arjunaidi berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.
Kejadian berkenaan dikatakan tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.
Tamat