Pastinya ramai seakan terkejut sekiranya mendapat tahu keadaan banjir di padang pasir, dan itu keadaan yang berlaku di Jeddah semalam. Perkara ini bukan lagi luar biasa di sana dan ianya selalu berlaku sekiranya berlaku hujan lebat serta air pasang besar.

Terkini dua orang meninggal dunia dalam kejadian banjir kilat kelmarin ketika hujan lebat melanda barat Arab Saudi, termasuk Jeddah, menyebabkan sistem penerbangan dan sekolah ditutup.

Menurut sumber antara sebab berlaku banjir kilat berkenaan disebabkan tiada sistem perparitan di Jeddah serta laluan air pasang untuk mengalirkan air keluar.

“Jalan raya yang menghubungkan Jeddah dan Makkah ditutup pada Khamis sebaik hujan lebat mula ,”

Dalam pada itu, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, hujan di kawasan selatan Jeddah antara jam 8 pagi dan 2 petang Khamis (24 Nov), yang mencapai 179 milimeter, yang tertinggi pernah direkodkan – melebihi jumlah hujan yang dicatatkan pada 2009 apabila berpuluh-puluh penduduk maut dalam banjir kilat, lapor Middle East Eye pula.

Sementara itu, imej yang disiarkan dalam media sosial pada Khamis menunjukkan puluhan kereta dihanyutkan di sepanjang jalan oleh aliran air yang deras.

Tambah laporan SPA, menjelang Subuh pada Khamis itu, kesemua sekolah di Jeddah ditutup kerana hujan lebat diramalkan melanda secara berterusan sepanjang hari.

“Sekolah-sekolah juga ditutup di bandar berdekatan iaitu Rabigh dan Khulais sebagai langkah menjaga keselamatan pelajar-pelajar,” tambah laporan SPA.

Tamat