“Pada hari ini dengan jelas kita nampak ini Kerajaan Pakatan Harapan, bukan Kerajaan Perpaduan. Oleh itu, kita mainkan peranan pembangkang seperti dikatakan Muhyiddin, iaitu Pengerusi PN,” itu kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Menurutnya kerajaan yang terbentuk ini lebih mudah ditakrifkan sebagai Kerajaan Pakatan Harapan,’ sekiranya dilihat pada kedudukan parti komponennya.
Kerajaan Perpaduan sepatutnya merangkumi semua parti politik di negara ini. Oleh itu lebih baik PN dan Gerakan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam Parlimen.
“Pendirian bagi PN seperti dikatakan kepada Pengerusi PN, kita akan menjadi pembangkang di arena politik negara kita. Dan memang saya katakan bagi definisi kerajaan perpaduan itu adalah kerajaan yang merangkumi semua parti politik.
katanya.
Dalam pada itu, Dominic berkata, pengiraan awal menunjukkan hampir 34 peratus undi rakyat memihak kepada PN dan Gerakan kali ini.
“Dan sokongan yang meningkat itu kita rujuk kepada keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, memang jika berbanding Pilihan Raya Umum, itu, sokongan itu jelas tidak menampakkan sokongan itu.
“Saya pun jelaskan semasa PRN Melaka dan Johor, kita memang menggunakan slogan bersih dan stabil, tetapi pada masa itu sokongan rakyat kepada PN tak tinggi.
“Tetapi kita tahu slogan ini, ideologi bagi PN iaitu Prihatin, Bersih, dan Stabil ini adalah ideologi terbaik sekali untuk rakyat, pilihan terbaik sekali untuk rakyat,” katanya.
Tamat