Ledakan kaki kanan Forestieri menamatkan usaha Selangor pada minit ke-59 menyebabkan pasukan anak buah Cheng Ho pulang berduka selepas persembahan di pentas final Bukit Jalil semalam.

Melihat corak permainan JDT semalam mencengkam Selangor sudah pasti dapat meneka siapa yang bakal membawa pulang Piala Malaysia. Namun usaha Selangor patut dipuji kerana membawa permainan yang cantik untuk penonton.

11 pemain utama JDT beraksi pantas pada separuh masa pertama walaupun Selangor terlebih dulu mendahului hasil jaringan penalti Herlison Caion di minit 45.

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk sepakan penjuru Matthew Davies.

Gol kemenangan skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh Fernando Forestieri yang melepaskan rembatan cantik di babak kedua sekali gus menyaksikan trofi Piala Malaysia diarak ke selatan tanah air.

Tamat