“Sifat tamak dan mahu mengenepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar Umno-BN yang rakyat perlu sedar” itu kenyataan daripada Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Menurutnya sudahlah kalah hampir di semua DUN namun sifat tamaknya masih tidak pudar dengan menuntut tujuh kerusi exco.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi Exco saja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

“Saya tidak tahu apa gula-gula ‘pelincir’ yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya .

Saifuddin berkata seharusnya BN lebih menghormati pihak yang diberikan mandat oleh rakyat bukannya besar kepala meminta yang bukan-bukan.

Tamat

Advertisement