Majlis Raja-Raja bakal bermesyuarat berkenaan perkembangan semasa dan cabaran mendatang serta membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat buat kali ke-260 di Istana Negara pada Selasa dan Rabu ini.

Pra-mesyuarat (pre-council) dijangka bermula sekitar jam 10 pagi hari ini.

Tujuan mengisi agenda mesyuarat adalah mengenai kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengadakan Perbincangan Khas bersama Majlis Raja-Raja Melayu.

Tamat

Advertisement