Setelah hampir seminggu pemerintahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, namun masih lagi belum wujud bayangan siapa yang bakal memenuhi ruangaan menteri kabinetnya.

Masih ada teka-teki siapa yang bakal memegang portfolio Kementerian Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai badget begitu banyak.

Yakin dan percaya begitu ramai Ahli Parlimen yang mengintai peluang untuk portfolio begini kerana kekuasaan, belanjawan serta beberapa faktor lain.

Ini sekali gus membuatkan rakyat mula mempersoalkan kredibiliti Anwar sendiri sebagai Perdana Menteri apabila masih gagal memilih anggota kabinetnya.

Dalam usaha memperkecilkan ahli kabinet namun sudah wujud gerakan bagi mendapatkan seberapa banyak jawatan menteri sebagai salah satu cara memperluaskan kuasa.

Lantas ianya bertentangan dengan apa yang sedang mereka perjuangkan selama ini.

Tamat