Ramai yang terkejut ni apabila pelbagai pihak mulai menerima saman yang dikemukakan Perdana Menteri (PM) Ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemimpin parti pihak lawan hanya kerana dikritik semasa kempen dua pilihan raya yang berakhir semalam.

Keadaan itu membuatkan rakyat kurang tidak selesa apabila dilihat sebagai hanya isu tuduhan politik serta dendam dimainkan oleh kerajaan tanpa menyentuh isu harga barang dan makanan yang menjadi keperluan utama.

Tidak sekadar itu, sudahpun menang PRU 15 pihak kerajaan dilihat sengaja membuat tuduhan terhadap parti lawan dengan dakwaan kononnya wujud penyelewengan dana berbilion serta tuduhan pendanaan kempen pilihan raya parti lawan menggunakan syarikat judi sedangkan tiga negeri utama lawan menutup terus premis judi di tempat mereka.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada satu saman dikemukakan parti lawan terhadap Presiden PKR itu kerana menghormati kebebasan bersuara dalam demokrasi, sebaliknya Anwar membalas kritikan terhadap pentadbirannya dengan beberapa tuntutan saman.

Untuk rekod, sememangnya menjadi kebiasaan bagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi menyaman pemimpin lawan hanya semata-mata kerana tidak boleh menerima kritikan.

Melihat kepada corak berkenaan rakyat mulai naik muak dengan kerajaan yang baru dibina kerana dilihat cepat koyak kerana menggunakan kuasa untuk menekan parti lawan kerana dendam semata-mata.

Suara pengguna media sosial juga kini dilihat semakin disekat kerana kerajaan bakal meneliti kandungan media sosial untuk membuat dakwaan kepada pengguna.

“Ahli politik masih berdendam dan hasad dengki lupakan semua itu bina negara kearah yang lebih makmur lupakan politik buat sementara rakyat dah muak,” kata pengguna Facebook menggunakan nama Ciklan Ruslan.

“Bila nak maju asyik masalah peribadi je negara macam mana,” kata pengguna Facebook, Zainal Masri.

“Dia (Anwar) boleh, orang lain dia koyak,” kata pengguna Facebook, Adzul Latif.

“Bapa menyaman,” kata pengguna Facebook, Atiqah Idris.

Setakat ini, hampir empat ribu komen lebih dibuat pengguna media sosial di laman Facebook Buletin Utama dengan majoritinya mengkritik dan menghentam Anwar kerana tindakan membuat saman tersebut.

Untuk rekod, Anwar berjaya menjadi PM-10 selepas mendapat sokongan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO walaupun pada awalnya semasa berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menafikan akan bekerjasama dengan cikgunya dan juga DAP.

Kedua-dua pemimpin parti politik itu didakwa menipu pengundi apabila sebaliknya bekerjasama demi untuk membentuk kerajaan semata-mata dan majoritinya juga boleh dipersoalkan.

Tamat