“Adakah fenomena “gelombang hijau” yang kuat di Malaysia yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 sebelum 2032?” itu kata Lim Kit Siang yang dilihat begitu anti Islam dengan wajah rasis tuanya.
Menerusi kenyataannya jelas menunjukkan Lim Kit Siang kurang senang dengan wajah Malaysia yang selama ini merupakan negara yang berpegang dengan agama Islam sebagai agama rasmi.
Kenyataan yang berbunyi “Fenomena gelombang hijau tercipta hasil daripada politik toksik yang menipu, ketakutan, kebencian, kaum dan agama dan keputusan tidak dijangkakan selepas pertambahan pengundi 18 tahun yang menyaksikan seramai 1.4 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih,” jelas menunjukkan lelaki tua ini memang membencikan penyatuan Melayu dan Islam yang berjalan dalam satu kapal.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, kenyataan Kit Siang yang menyebut langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2032 iaitu 10 tahun dari sekarang adalah suatu tuduhan berat berniat jahat.
Sudah lebih ratusan tahun penduduk Melayu dengan Islam bersama namun apabila ada niat memisahkannya ianya merupakan satu tujuan jahat daripada Lim Kit Siang.
Seharusnya kenyataan hasutan yang membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan ia perlu disiasat oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, perkara itu jelas menunjukkan apek tua ini seorang yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan malah menjadi ejen penyuntik Islamophobia dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
“Jelas, tiada pembohongan seperti yang dicanangkan oleh beliau tetapi ketelusan pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden Pas, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Menteri Besar Kedah menyebabkan rakyat terbuka bagi menerima dan akhirnya banyak kerusi Umno dan Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan majoriti yang sangat besar.
“PN enggan membentuk kerajaan perpaduan bukan kerana membantah cadangan Yang Dipertuan Agong (YDPA) seperti yang difitnah oleh PH dan BN malah enggan berkompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Tamat