Apabila Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata Bernas yang memonopoli beras ternyata dia bukanlah orang yang membuat kajian.

Chieng Jen perlu ikuti perkembangan semasa, untuk keadaan terbaru di Kedah kursusnya hampir semua padi beras dijual pada syarikat Cina.

Itu yang berlaku kini, ia disebabkan rantaian hutang yang pernah mereka buat sebelum ini menyebabkan berlakunya perjanjian dalam diam.

Itu realiti sebenar, walau apa saja harga yang ditawarkan petani terpaksa terima kerana wujudnya tekanan hutang yang pernah mereka dapatkan daripada taikun kilang beras cina ini.

Bekalan anak benih padi, racun, baja tambahan semuanya terpaksa diambil oleh taukeh-taukeh ini yang memonopoli perdagangan beras negara.

Boleh dilihat anak benih padi yang didapati daripada taikun sepet ini bukannya berkualiti buktinya petani terpaksa menabur sehingga dua ke tiga kali dalam satu sesi.

Wujud Bernas menyelamatkan sektor padi beras negara, namun akibat berlakunya pinjaman hutang, mereka terpaksa terus-menerus secara generasi meminjam dahulu racun, baja daripada taikun ini walaupun Bernas menyediakan perbagai bantuan.

Jadi tidak wujud istilah monopoli sistem padi beras negara oleh Bernas, disebabkan yang memonopoli sistem ini hanyalah taikun-taikun Cina.

Oleh itu, disebabkan mahu memecahkan monopoli taikun Cina dan memastikan kelangsungan ekonomi masyarakat Islam yang ditekan hutang, Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkerjasama dalam satu misi.

Misi berkenaan mahu membuktikan LZNK mampu menawarkan harga terbaik dalam penawaran padi untuk petani, serta kualiti padi bermula daripada peringkat anak benih seterusnya sehingga akhir proses.

Alhamdulillah usaha ini berjaya, peserta program ini beroleh hasil berlipat kali ganda berbanding sebelum ini. Mutu padi lebih baik, kurangnya pemotongan gred padi menyebabkan petani tersenyum lebar.

Segala usaha daripada A sampai Z diuruskan sendiri oleh LZNK ini menyebabkan wujudnya gelisah hati taikun Cina sehingga terbit isu monopoli ini.

Tamat

Advertisement