“Jadi kita kata ini juga adalah tugas maha mustahak yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing,” itu jelas Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut reaksi dia dilihat bimbang dengan gelombang hijau anak muda yang kini lebih memihak kepada Perikatan Nasional.
Saifuddin berkata PH akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan dalam usaha meyakinkan pengundi di keenam-enam negeri untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli beberapa hari lepas, kami bersetuju, selain tugas mengurus kementerian, kita perlu memberi tumpuan kepada persiapan parti dan PH menghadapi PRN yang tempohnya dalam lingkungan enam bulan dari sekarang.
Rancangan kini lebih tertumpu kepada enam negeri yang belum membubarkan DUN masing-masing ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, serta negeri kubu kuat PN, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Tamat