Episod duka penghujung 2022 pastinya membawa memori sedih apabila dua mangsa maut manakala 69 masih belum ditemui semasa berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Gohtong Jaya, pada awal pagi Jumaat.
Menurutnya sumber dipercayai, maklumat mangsa yang maut dan tertimbus masih lagi belum didapati sepenuhnya.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.24 pagi selain ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
Difahamkan juga jumlah keseluruhan pengunjung yang berada di tapak perkhemahan itu adalah seramai 79 orang manakala pekerja tapak perkhemahan adalah seramai 15 orang.
Seramai lebih 200 anggota dan pegawai pelbagai agensi seperti bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam telah berada di lokasi untuk kerja-kerja penyelamatan.
Setakat ini 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan itu, yang terletak berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland.
Ketika ini kawasan berkenaan telah ditutup kepada orang awam dan dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan.
Tamat